Wednesday, August 24, 2011

ke Jordan..?

1. Kalau nak ambik kos syariah, memang better di Timur Tengah.
Sebabnya bila di jordan, nti akan lebih terdedah kepada bahasa arab, bahsa asal teks AlQuran dan syariah itu sendiri. tambahn dia adalah org arab sendiri. jadi, ini amat2 membantu.

2.Kitab2 rujukan dan tambhan sgt banyak di sini.
Kat sini sangat mudah utk dapatkan kitab2 yang diperlukan, insyaAllah. Kitab bahasa arab terutamanya. Dan ada juga sebahgian kitab yang ada translationnya ke dalam BI di library (perpustakaan yarmouk la yg ana tau).

3. Syeikh dan syeikhah juga memberi advantage yang lebih.
Ini tertakluk pada pilihan masing2 untuk lebih melengkapkan diri dalam bidang syariah. Kalau nak hafal quran, betulkan makhraj tajwid, talaqqi kitab..boleh je untuk realisasikan semua tu (insyaAllah) dengan syeikhah2 Arab sendiri dan markaz al-quran di sini. Ini satu benda yang tak de di Malaysia



4. Sistem silibus.
Kalau misalnya,nti nak amik bidang fiqh wa usuluhu..maka subjek yang diambil lebih kurang 48 subjek...dan boleh habis bila2 masa nti nak (1 sem maksimum 6 subjek,minimum 3 subjek)..kalau nti private lah, Kalau ditaja mana2 badan zakat..mungkin dia hadkan kena habiskan dalam masa 4 tahun contohnya. Lepastu...subjek yang dipelajari menarik..sbb walaupun bidang fiqh usul, nti akan belajar juga subjek2 asas bidang lain...cth ekonomi,usuluddin,lughah,komputer...



-dari sahabiah yang belajar di Jordan. :) syukran. barakallahufik

Mengimbau kenangan dulu. Jordan yg diharapkan. angan-angan time tu mmg besar sgt sgt. sampaikan nak isi borang UPU, siap tanya ayah lagi 'ayah, nak isi borang UPU tak?' .Konon macam yakin sgt aje dapat Jordan tu. huhuhu. Tapi, bila x dapat tu, Allah ja yg tahu habis berkecai brterbangan semua impian2 . har har. Minta biasiswa zakat negeri. Tak dapat biasiswa .buat rayuan lagi sekali. tak dapat jugak. Alasannya mak ayah bukan orang selangor. agaga. Nak minta JPA, mana la ada kos syariah yang ditawarkan JPA. huhu. Then, dengan penuh 'kerelaan', ayah kata, kalau x dapat biasiswa, x payah la isi borang ke Jordan (sebab U kat Jordan tu, insyaAllah senang dapat ). Kalau orang kaya tu boleh la sara anak dia ke Jordan. sebulan RM1000. So, sebab tu lah sehingga saat ni, sy masih wujud lagi di bumi UIA. redha. ya, memang redha. pasti ada hikmah yg tersembunyi. Tapi, bila kawan2 yang lain dapat ke Jordan, jujur kata, saya jeles. dan sayu . sedih etc ... Takpe , pasti ada sesuatu di UIA ni. sebab tu sya terus kekal di sini *menenagkan hati :)




p/s : Tahniah pada sahabiah saya , salsabila al Mardhiah . bertolak ke Jordan insyaAllah 09/09/11 . Moga bahagia selalu.

Tuesday, August 23, 2011

Ya Allah. aku ingin lailatul qadar



Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa

Di dalam bulan ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini ?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Ya Allah
Yang memberi
Kemaafan
Maafkanlah kami
Semua hamba-hambaMu

-iliriklagu.net


tadi, baru habis dengar ceramah pasal cinta dari kak Fatimah Syarha. best best. ^^ tapi x dek masa pula nak post2 pasal isi ceramah tu. (ye ke takde masa.hehe) nanti2 lah kalau ada masa, insyaAllah main conteng2 jugak kat belog yang dah lama sangat berdebu ni...penuh dewan tu. Alhamdulillah. tapi, bila tajuk ceramah "perang badar" petang tadi, boleh dikira berapa bilangan PEMUDA PEMUDI yang pergi. sedih kadang memikirkan.

p/s : esok malam 25. tapi, dapat meseg kena gi meeting SMAWP kat UIA PJ. erhmm, takpelah. laksanakan amanah pon boleh pahala jugak :) *tenangkan hati

sekian. moga kita lebih mengahayati Ramadhan yang kian penghujung ni. T_____T makin banyak bunyi mercun berkumandang di sini. hmm.

-

Saturday, July 30, 2011

usrah masa exam..?



Dah lama x update. erhm ~.~ Ni baru habis exam. Terlintas nak post tajuk ni, sebab haritu ada akak usrah, kak Ain ajak gi usrah. Tapi, time tu tengah musim exam. Sy pulak jenis  menghadap buku je bila musim macam tu (Nampak sangat last minute punya study --‘ ish. time lain best je main2 )  . So, bila diajak tu, rasa macam berat hati jugakla (memang tak patut langsung. ) . Tapi, pegang pada 1 prinsip ni je. Tak semestinya kita study dan study dan study, akan dpt jawab exam tu. Semuanya pertolongan Allah.

Tak suka dipaksa. tak suka. tak suka. =________= 

Selamat menyambut ramadhan ^___^ .sekian 


Sunday, July 10, 2011

Aku mendekat padamu, Kau lagi mendekat padaku

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
"Allah Azzawajalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu. Demi Allah, niscayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara engkau semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.
Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas. " (Muttafaq 'alaih)

Saturday, June 25, 2011

tanyalah fatwa hatimu

Bismillahirrohnirrohim ..

Hati sy selalu  keliru, boleh ke buat benda ni.. boleh ke buat benda tu. Nnti apa pulak orang kata. takut fitnah segala bagai. kan sng kalau x payah fikir org sekeliling .. hmm.

And kalau mngadu kat Bitu, Bitu selalu cakap “kalau bitu, bitu tanya hati bitu. Ikut fatwa hati” .hmm. time tu, x de la setuju mana dgn apa yg Bitu kata. Satu hari, bila lepak singgah bilik Kak Mashi, tgk video pasal bab2 jemaah + imam muda , bitu dtg sbb nak tgk video tu jugak (kalo x, bertahun la nak tunggu dia dtg bilik org :p). Dia bwk buku Solusi. Baru beli. Ahaa. Macam biasa, tugas bitu membeli. Tugas hasnah meminjam ^______^  . belek2, terbaca hadith ni

Tuesday, June 14, 2011

Apakah mungkin engkau mengerti

Seseorang yang menyimpan perasaan cinta dan memendamnya dengan menjaga kehormatan dirinya sehingga ajal menemukannya, dia dikira syahid.


Jika dia benar mencintaimu kerana Allah
Dia takkan mengajakmu menghampiri zina (couple)
Akan tetapi sudah berfikir kearah pernikahan...

Jika dia benar mencintaimu
Maka dia akan melamarmu...
Atau dia akan mencintaimu dalam diam
Tidak mengganggu penjagaan hatimu
Barulah benar dia mencintaimu kerana Allah.
..




Bila rindu kembali menyapa,
Menceroboh datang mengganggu fikiran,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini hanya  melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini  membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini  membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Mu,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
Amin Ya Allah =.='

Monday, June 13, 2011

belajar dari pengalaman

بسم الله الرحمن الرحيم

siti : hasnah dapat band berapa MUET ?
Hasnah : Alhamdulillah, band *  . siti ?
Siti : siti ngan lia dapat band 2 je. Kena repeat lah kan ? sedih sangat2. Rasa macam hilang semangat. Payah nak hidup. Hasnah tolong la bg semangat. Asyik keluar air mata ja. Takde mood dah nak study. Sedih sangat. 

Kesiannya kawan Hasnah T___________T